Wednesday, December 9, 2009

NO smOkiNG>>>>



 





10 Sebab Kena Berhenti Rokok

10 Sebab Kena Berhenti Rokok | Rahsia Senjata Lelaki | Fisiologi Lelaki | Lelakionline.com | sensasilelaki.com | Rahsia Seksual Lelaki | HanyaLELAKI.com | Buku-lelaki | Rahsia Seks Lelaki Maskulin | rahsiazakar.com | Rahsia Kebahagiaan Lelaki | rahsialelakiwanita.com | MALE of Style , man or male, aura, matured, health LELAKI
RAMAI berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!
Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.

# Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

# COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!

# Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

# Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

# Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50 peratus) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

# Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju; yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

# Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60 peratus mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.

Secara keseluruhan 15 peratus perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12 peratus lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.

Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.
# Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25 peratus kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

# Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

# Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24 peratus perokok tidur berdengkur berbanding 20 peratus kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14 peratus bagi golongan tidak pernah merokok.Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20 peratus individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

# Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30 peratus dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.

siapa anda kepada saya>>>?????


Current mood:Bored!!
1.Who are you

2.Are we friends?

3.When and how did we meet?

4.Do you have a crush on me?

5.Would u kiss me?

6.Give me a nickname and explain why u picked it?

7.Describe me in one word..

8.What was your first impression?

9.Do u still think that way about me now?

10.What reminds me of you?

11.If you could give me anything,what would it be?

12.What do u like about me?
13.Ever wanted to tell me something but couldnt?
14.How well do u know me?

15.Are u going to put this on your blog and see what i say about u?

Tuesday, December 8, 2009

hehe yum>>> aym bakar mari>>>???

yumyum
hehe
of choice la suka hati coz ari ni nak bakr ayam. yang di idam-idamkan
aku lapar sngat la.
ari ni nak bakar aym. pas2 rumah dah bersih.
mesti ayah suka.... aku bangun je
alyaa dah nak start nak kemas rumah. aku pun sidai kain afiq n afif g buang sampah,
along says,
                       best sangt bab dh lame xmkan bbq..aymnyer perghhh..SEDAP HINGGA MENJILAT JARI..haha..pandai gak kwn aku wart semer2 ni..2 la satu2 nyer kwan ak yg sgt memahami ak..hehe..
dak cun says,
                        best......sape yg tak makan agak rugi coz ayamnyer paling sedap di planet zuhal...hahaha...memang happy sesangat....thanx k.....

afnan say:

    ayam epa sedap tp ada yang x masak la coz bakar kat dalam pasu bunga.

haha

Thursday, December 3, 2009

kaawan lame>>>masaaaa slm>><><><><

hai rindunya kat kawan lame... nak umpa semua dah skool kat jauh, henhe.. rndunya......aku rase macam nak wat perjumpaan kembali ngan kawan lawan yang dulu. they all semuanya sporting.
antaranya ialah amirun,uddin,akmal,kak long,aisyah,rahmah,naza,lin,fakhrul,badrul,e'one,azmi,syafiq rosli n yang lain2

ni gmbr budak tahun 6 time jamuan raya...



ni pulak gambar budak laki tahun  6
ha ini adalah gambar masa perhimpunan pagi  MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2008. happy gila msew ni.. best sangat. rasa mcm nak blk zaman dulu je. hehe
gmbr ni plak time hari kantn. time ni aku kena jaga rumah hantu. n nila keadaan rumah hantu 2 sesak gila. ramai yang nak masuk rumah hantu ni. seronok la coz ramai pengunjung. heheh. aku punturut sama dalam pembinaan rumah hantu ni...
di pintu masuk rumah hantu....



ni plak dj time hari kantin 2. aku oun dj gak tp aku ditugaskan untuk jgew kaunter rumah hantu. jap lg aku tukar shift la ngan syafiq 2 aku n aisyah lak la jadi dj. heheh vock bebe...
tp time 2 ktowg semua yg bertugas dpt makan percuma . nasi ayam terutamanya siapa yang kat umah hantu
nasi ayam 2 kat gerai mak aku n cikgu zulzila. buisness partner katakan......
memandai je aku kata macam 2......



haha lwak glew time aku jadi DJ sementara. aku yang gelak diri aku sendiri. hehehehehe
ok l a smpai situ je la


Wednesday, December 2, 2009

keluarga ku

e






 
























semua gambar di atas adalah gmbr ahli keluarga aku...
tp gmbr ayah x de la plak . nnti aku masukkan la. gmbr ayh bnyk kat dlm ayh nye handphone la mlm ni la kot nak ltk..
semua gambar ini diambil semasa raya aidilfitri lalu.time 2 semua orang berasa sanggat gembira.....


TAHUN DEPAN RESULT??????

hai ramai dah bising dah dengan result aku yang tak berapa baik sangat....hemmm
aku punn tak tau la apa nak jadi ngan aku ni....aku harap tahun depan resuly aku naik la...hehehe
aku bertekad tahun depan akunak naik kan result aku ... aku berjanji... HEHEHE  ha ni la aku nya azam 2010
  • nak naikkan aku nya result...
  • nak jadi the best dalam family..
  • hehehehe
aku harap boleh la mcm 2 ye .

laparnya!!!!! HEHEHEH

ari ni ingat nak bakar ayam tp x jadi la pulak coz epa bangun lmbt coz ddia tdur lmbt mlm td wwwhahwa
ibu lak x blek dari skkolll lg ni n ibu x bli fast foods kat umah....

malam yang indah>>>>>>

malam ni aku telah berjaya membahagiakan hati adik perempuanku yang tahun depan nak amik xzam UPSR tahun depan....
best gak dapat tau yang adik aku ni pandai chating. ngan budak kolej plak 2. hehehe
aku ingat nak wat cam2 gak la.. majoriti keluarga aku ada email masing-masing. aku rase best gile coz lps ni aku kat skool x yah nak susah cari duit syiling untuk kall mak n ayah aku coz aku leh hantar email je kat dia oarang. tp pd malam ni berbeza sikit coz malam ni aku bertekad nak siapkan folio GEOGRAFI yang cikgu zakaria bagi 2. nnti kalau x siap kena dimerit tahun depan na ku x dapat markah tambahan la pada periksa P1...
x best la kan.. tp homework aku banyak lagi. please... somebody help me !!!!!!
tp x pe la dah lumrah hidup belajar di skool SBP....hemmmm
aku nak g LIMA09 tp ayh jgew pekse SPM n ibu ada kelas budak KIA.x pe lah. SABARLAH AFNAN.....
 aku rase macam nak stay je malam ni coz ayah aku selalu katew kat aku bahawa masa itu emas.. ayah adalah pembakar semangat bagi aku..
dalam hidupa ku ada satu moto iaitu ( BESUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN) itu yang selalu aku pegang hhehehhehhehe.....
booleh percaya kee..
aku pun x tau la
kalau aku yakin mesti bolehnya.. insyaallah.......
akyu ada banyak sokongan dengan apa yang aku buat. lagi2 wan aku yang selalu sokong apa yang aku wat...
ha gmbr ni lah yang mungkin akan mengikut jejak langkah aku mendapat 5A dalam UPSR. aku harap lah kan... aku harap all the best. AMIN......

afnan lega


Aku berasa sangat lega kerana akhirnya persekolahan pada tahun pertama aku di SEMESTA telah tamat....
walau bagaimanapun aku tidak berpuas hati lagi dengan tahap pencapayan aku sekarang.
result telah sampai ke tangan ayahku pagi tadi. result terkini aku ialah 1A 5B 1C 1D.
SPUPU AKU MENdapt result yg lbih baik walaupun beliau bersekolah di sekolah yang bukan KLUSTER seperti aku.
ayahku selalu berpesan kepadaku bahawa kita belajar daripada kegagalan.
oleh itu aku akan lebih bersemangat pada tahun hadapan dan aku akan melakar kajayaan yang maksimum pada tahun hadapan.

haaaaahhahha........kenape?????


aku rasa boring pada hari ini kerana tidak tau nak wat pe.
rase macam nak nangis je....
aku pun tak tau la kenapa............
ni adalah gambar akudekat umah wan di Temerloh.
tu time raye kedua.....
aku agak letih coz aku jadi cameraman n aku guna DSLR D70 kepunyaan kak pai. kak pai seorang yang baik dan amat memahami hati aku dan adik-adik....
hemmmm... best gak rase macam ada kakak la pulak.. heheheheh....
Nak dibuatkan cerita family aku planing nak balik Johor pada raya ketiga...
tapi ayah tukar plan. onthe spot kami bersiap untuk balikmke Johor pada petang tu jugak. kelang kabut dibuatnya.hahahaha....
sampai je dekat johor kitaorang terus bawak masuk beg dlm umah n terus tidur. letih la.... semua orang terbongkang tidur.....



HARI yang INDAH!!!!!!!!

wow ni la satu permulaan hidup yang bahagia... hhehehehe

afnan

best of luck, bro..